| |
Jimmy's posts with tag: warisan budaya
 | Category: | Books | | Genre: | Other | | Author: | Prof. Abdullah Hassan, Aripin Said & Ain |
Judul : Koleksi Pantun Untuk Majlis Perkahwinan Dan Persandingan Melayu Pengarang : Prof. Abdullah Hassan, Aripin Said & Ainon Mohd Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd Genre : Pendidikan Satera Mukasurat : 257 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9833372007 Tiga tujuan utama kami mengarang dan menyusun buku ini adalah: 1. Membantu menjadikan adat-adat istiadat majlis pertunangan, pernikahan dan persandingan Melayu pada zaman moden ini dijalankan dengan mematuhi peraturan sosiobudaya dan sosiolinguistik Melayu. 2. Menyediakan bahan-bahan daripada tradisi bahasa Melayu klasik yang sesuai digunakan dalam pengurusan majlis pertunangan, pemikahan dan persandingan Melayu bagi meningkatkan lagi keberkesanan tatacara dan gaya pengurusan majlis- majlis itu. 3. Membetulkan pelbagai kesilapan yang kini banyak berlaku yang menyalahi peraturan sosiobudaya dm sosiolinguistik Melayu dalam majlis-majlis adat istiadat Melayu.
Sebahagian daripada bahan yang terdapat dalam buku ini sudah diterbitkan dalam buku kami yang terbit lebih awal dengan tajuk Pantun dan Gurindam untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan. Apa yang terkandung dalam buku ini adalah lebih banyak dan lebih terperinci lagi bagi membolehkan pengguna membuat lebih banyak pilihan berdasarkan keperluan majlis yang diadakan.
Peraturan dan panduan bahasa dalam Bahagian I buku ini adalah untuk kegunaan para Pembawa Majlis dan semua yang bertugas menyambut dan melayan tetamu. Bahagian 6 sengaja disertakan kerana ia menjadi bahan-bahan tambahan yang dapat digunakan bagi memenuhi keperluan dan citarasa pengguna buku ini. Pantun-pantun dan gurindam yang dikemukakan dalam buku ini adalah sebagai cadangan sahaja. Pengguna dapat mengarang semula isi teks yang akan digunakan dengan menggunakan dan menggabungkan mana-mana bahagian dalam buku ini. Walaupun pada asalnya buku ini dikarang dan disusun sebagai panduan kepada mana-mana pihak yang bertugas menyediakan skrip pembawaan majlis pertunangan, pernikahan dan persandingan Melayu, tetapi pantun-pantun dan gurindam dalam buku ini dapat digunakan bagi pelbagai tujuan lain. Sebahagian daripada pantun-pantun dan gurindam yang termuat dalam buku ini terdiri daripada ciptaan asal kami sendiri manakala ada yang dikutip daripada perbendaharaan Melayu klasik warisan zaman berzaman.

| |
|