Jimmy's posts with tag: [ilmiah]
Asal mana? -Negeri Sembilan -hah.. Nogori Sembilan kek mano? -Kuala Pilah -oh.. kuat adat kan sana -boleh lah, kuatlah jugak...
'biar mati anak, jangan mati adat' memang selalu disalah tafsirkan oleh sebilangan golongan sekarang. Aku juga satu ketika dulu tak boleh menerima tatacara hidup orang zaman- zaman dahulu. Sanggup kehilangan waris hanya semata kerana adat yang remeh- temeh. sebenarnya tak ramai yang faham akan bait sebenar pepatah itu. Tak ramai yang tahu betapa adat yang dimaksudkan oleh pendokongnya berdasari hukum. maka wujudlah bait 'adat bersendi syara' syara' bersendi kitabullah'. Nah! Di sini dah nampak betapa adat perpatih sendiri tidaklah melawan hukum Allah yang kononnya sering kita fahami sebagai melanggar hukum hanya kerana mengutamakan nasab ibu.
'Adat bersendikan hukum, Hukum bersendikan kitab Allah, Kuat adat tak gaduh hukum, Kuat hukum tak gaduh adat'
Yang paling ketara tentang adat perpatih adalah dari masalah pembahagian harta pusaka. Bagi pihak yang tak faham sistem Adat Perpatih secara menyeluruh, sistem pewarisan harta pusaka inilah yang sering menimbulkan konflik.. Bagi yang tak tahu, pemberian harta pusaka yang di nasab kepada golongan ibu hanyalah pada 'Tanah Adat'. Harta- harta lain tidak terlibat. Tanah adat sebenarnya merupakan harta penting bagi masyarakat di Negeri Sembilan sebab tanah itu lah penyambung hidup di kalangan kami. Ok! kenapa lebih kepada perempuan? kenapa berat sebelah? pernah saya suarakan soalan ini kepada ibu. Sebabnya, adalah kerana maruah dan harga diri orang perempuan juga. In case kalau mereka diceraikan, mereka ada harta untuk sara hidup selepas ditinggalkan. Tak lah 'sako' nanti terkapai kapai. Sudah jadi lumrah, kita manusia biasa pandang pada harta. Kalau orang tu tak berharta, jarang orang nak peduli. Sudahlah kena cerai, harta pun tak ada. Kan lagi susah. Tidaklah nanti makcik- makcik janda ni buat kerja tak senonoh. Zaman dulu- dulu mana ada sistem pendidikan macam sekarang. Lagipun, orang lelaki zaman dulu- dulu kuat mengembara. sebab tu tanah adat ini di beri pada orang perempuan. Memandangkan saya ini satu-satunya lelaki dalam keluarga maka saya tidak layak menjadi pewaris, esimpulannya dalam keluarga saya lah yang termiskin..he he.. Walaupun begitu lelaki bukanlah sama-sekali tidak berkuasa dalam tanah adat ni. Mereka ada hak dari segi mengerjakan dan mengambil hasil. Cuma mereka tak boleh jadi penama dalam geran, dan tak ada hak untuk menjual tanah. Tapi ada hak untuk menahan tanah itu daripada di jual kepada orang luar mahupun kepada orang yang lain suku. 'Orang nyemondo' pun ada hak nak menumpang.
Soal nikah-kahwin. Ramai yang kata, nak nikah dengan perempuan Negeri Sembilan kena masuk suku....*masuk suku mana shiokk* ha ha ha...ini lagi satu merepek! Mana ada... nikah macam biasa lah... masuk suku di kenali juga sebagai berkadim (berkodin). Ada upacara Cecah Darah, he he he.... psycho kan bunyinya? Bukan cecah darah orang. biasanya cecah darah binatang/haiwan, ayam atau lembu. Cecah pun 'cepotet' jer. Setakat hujung jari. Ikut suku yang orang tu nak masuk. Tujuan orang berkadim ni pun untuk membenarkan hak pusaka. Bila masuk suku, mereka ada hak pada harta. Kalau perempuan, mereka nanti boleh jadi penama dan kalau yang masuk suku itu lelaki, dia ada hak pada puak suku tu. Tidaklah nanti mereka ni jadi 'dagang sangsai'. Itu zaman dulu dulula.. zaman orang mengembara jauh. Selain tu, orang lelaki yang mengembara, biasanya mereka menumpang di rumah- rumah dan di ambil sebagai anak angkat. Maka mereka- mereka ini pun di kadimkan lah mengikut suku mak angkat yang ditumpangi.
Satu lagi masalah dalam nikah-kahwin. Sama suku tak boleh nikah-kahwin. Kalau nikah juga, hukumnya boleh di buang suku. Malah boleh di buang negeri. Konon- kononnya sama suku nie boleh di kira adik beradik. Yang nie aku cukup tak setuju. Nama mak lain, nama abah lain, atuk lain, nenek lain, mana pulak datangnya adik- beradiknya....he he
Tatkala ini kerana arus kemodenan, Adat Perpatih sedikit demi sedikit di telan zaman.... Bulat air dek pembetung Bulat kata dek muafakat *versi Negeri Sembilan Bulat aia dak pambuluah Bulat kato dak mupakat *versi Sumbar Negeri Sembilan kaya dengan perpatah, pantun,terombo dan perbidalan, akan saya usahakan...tungguu.... Kamus orang negeri: -sako- saka/ waris -orang nyomondo- orang semenda/ menantu/ orang menumpang yang berlainan suku -dagang sangsai- orang luar
Setinggi kesyukuran dan tahniah kepada Yayasan Sofa, Rembau Negeri Sembilan kerana telah diberi kepercayaan oleh untuk menubuhkan Universiti Al-Azhar kampus Malaysia. Saya diberitahu Yayasan Sofa adalah kampus Universiti Al-Azhar yang pertama diadakan di luar negara. Tahniah buat Kerajan Negeri Sembilan dan buek oghang Ghombau, ese pun masuk Yayasan Sofa lah...hi hi
Discover the golden era of Islam
OVER the centuries, Muslim scholars and scientists had played a pivotal role
in the development of numerous scientific discoveries. To bring back these
Golden years and to spur young Malaysians into emulating these scholars, the
Science, Technology and Innovation Ministry (MOSTI) is presenting the Scientific
Excellence in Islamic Civilization exhibition, which will be held at the Kuala
Lumpur Convention Centre next week.
In the 7th century, the Arabs were already making inroads into various fields that were explored centuries earlier by the Europeans, notably the Greeks. And by the middle of 9th century they had progressed further and begun to show their creativity in fields such as Mathematics, Astronomy, Medicine, Cartography, Architecture and Physics.
What they had learned from other cultures was perfected to the highest degree, creating new fields of learning and spinning new disciplines. For example, Jabir Ibn Haiyan, who died in AD803, is known as the ‘Father of Chemistry’, as he liberated alchemy from superstition and turned it into a science. Jabir, also known as Geber to the West, is credited with the invention of many types of now-basic chemical laboratory equipment and with the discovery and description of many now-commonplace chemical substances and processes. These include hydrochloric and nitric acid, distillation, and crystallisation, which have all become the foundation of todays chemistry as well as chemical engineering. He also recognized the importance of systematic experimentation and wrote books on chemistry. Several technical terms devised by Geber, such as alkali, are today found in various European languages and have become part of scientific vocabulary.
The Muslims also had one of the greatest mathematicians of all time in Abu Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Born in AD770, Khawarizmi was a mathematician, Astronomer and Geographer. e term algebra was derived from his famous book Al-Jabr wa-al-Muqabilah. He also developed the decimal system and gave analytical solutions to quadratic equations as well as operations on fractions and trigonometric tables. Khawarizm is numerous books were translated into European languages and he contributed original work related to clocks, sundials and astrolabes (an instrument to determine the altitude of objects). These are only a sampling of the contributions by Muslim scholars to the development of science. Their accomplishments will be showcased at the KL Convention Centre on Jan 8-14 The Exhibition organized by MOSTI and Institute for the History of Arabic-Islamic Science, at the Johann Wolfgang Goethe University, Frankfurt, Germany will showcase up to 150 artifacts and scientific discoveries by Muslims throughout the ages.
So see ya there!!
Date : Jan 8 - 14 2007
Venue : Exhibition Hall 1, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Kuala Lumpur
*The showcased move to the National Science Center and it will display for two-and-a-half months.
Senarai Yang di-Pertuan Agong
| YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA |
 |
|
YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA |
 |
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad Negeri: Negeri Sembilan Tempoh: 3 Ogos 1957 - 1 April 1960 |
Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah Negeri: Selangor Tempoh: 14 April 1960 -1 September 1960 |
| YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA |
 |
|
YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT |
 |
Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail Negeri: Perlis Tempoh: 21 September 1960 - 20 September 1965 |
Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin Negeri: Terengganu Tempoh: 21 September 1965 - 20 September 1970 |
| YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA |
 |
|
YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM |
 |
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah Negeri: Kedah Tempoh: 21 September 1970 - 20 September 1975 |
Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Negeri: Kelantan Tempoh: 21 September 1975 - 30 Mac 1979 |
| YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH |
 |
|
YANG DI-PERTUAN AGONG KELAPAN |
 |
Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'adzam Shah Negeri: Pahang Tempoh: 26 April 1979 - 25 April 1984 |
Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail Negeri: Johor Tempoh: 26 April 1984 - 26 April 1989 |
| YANG DI-PERTUAN AGONG KESEMBILAN |
 |
|
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEPULUH |
 |
Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah Negeri: Perak Tempoh: 26 April 1989 - 25 April 1994 |
Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman Negeri: Negeri Sembilan Tempoh: 26 April 1994 - 25 April 1999 |
| YANG DI-PERTUAN AGONG KESEBELAS |
 |
|
YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUABELAS (KINI) |
 |
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj Negeri: Selangor Tempoh: 26 April 1999 - 21 November 2001 |
Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Negeri: Perlis Tempoh: 13 Dec 2001 - kini
|

Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud
Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj
Negeri: Terengganu
Tempoh: 2006
Malaysia adalah Negara yang mengamalkan sistem “Raja Berperlembagaan”. Gelaran Yang di-Pertuan Agong merupakan gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Oleh kerana Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri. Ciri yang unik di seluruh dunia dalam sistem pemerintahan beraja Malaysia, jawatan ini digilirkan setiap lima tahun antara sembilan Pemerintah Negeri-Negeri Melayu.
Tanggal 13 Disember 2007 secara rasmi ketua negera Malaysia akan di tukar-ganti. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu daru Iman akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke -13, menggantikan Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis Indera Kayangan.
Tengku Mizan yang diputerakan tanggal 22 Januari 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan menengah Sultan Sulaiman. Beliau juga lulusan dari Geelong Grammar School Australia dan Alliant International University, London dan memegang Degree Bachelor of Art.
Beliau juga adalah lulusan dari Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom. Dilantik sebagai Raja Muda Terengganu tanggal 6 November 1979. Selain dikatakan raja berjiwa rakyat Tengku Mizan juga aktif dalam acara olahraga. Beliau mewakili Malaysia di Asia Games 2006 di Doha, Qatar. Tengku Mizan juga adalah Yang di-Pertuan Agong yang termuda pernah ditabalkan di Malaysia. Sekarang beliau berumur 44 tahun.
Semoga di bawah payung Tuanku, Malaysia akan terus maju dan makmur.
“Daulat Tuanku”
Malaysia has unveiled its first astronaut, a 34-year-old doctor who will blast off on a Russian Soyuz spacecraft and visit the International Space Station in September 2007. They are,Dr. Sheikh Muszaphar Shukor and Captain Dr. Faiz Khaleed.
UKM orthopaedic doctor Sheikh Muszaphar Shukor was the winner of a nationwide hunt which drew tens of thousands of hopefuls. Army dentist Faiz Khaleed, 26, was chosen as the back-up astronaut. Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi announced at the Bunga Raya Complex, KL International Airport, here Monday.
The Mission:
1st. Objective:
:Research on cancer and biotechnology.
2nd. Objective:
:Make 'Teh Tarik' in the space’.
  
Tadi malam bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berakhirnya Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-48.
Qari dari Iran, Hossein Faeid Rostami Tabrizy dan Qariah dari Thailand, Sainab Abdulromee muncul juara.
Tempat kedua dimenangi oleh peserta dari Afrika Selatan, Abdul Aziz Brown dan peserta dari Malaysia, Maslina Sinaga Abd Rahman.
Tempat ketiga dimenangi oleh perserta dari Malaysia Shafie Lebai Hanafiah, dan peserta dari Indonesia Musdalifah.
Hadiah untuk qari disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Fauziah Tunku Abdul Rashid menyampaikan hadiah untuk qariah. Sebanyak 67 orang peserta dari 47 negara telah mengambil bahagian dalam Majlis Tilawah kali ini dan ini adalah terbesar semenjak ianya diadakan.
Tahun lalu, qariah Malaysia, Faizah Mohd Husain muncul johan dengan catatan markah manakala johan qari dimenangi peserta Indonesia, Indra Gunawan.
Apa yang menariknya tadi malam diakhir majlis, ketika Imam/Khatib Besar Masjid Putrajaya membaca doa kesyukuran. Suasa hening menyelubungi segenap sudut dewan, para hadirin menitiskan airmata, tatkala doa dibaca, tatkala Imam Besar memohon restu Illahi , dijauhi dari bencana dan malapetaka. Kesedihan dan air mata menitis ketika doa dipanjatkan kepada saudara yang dizalimi iaitu di Palestine dan Lebanon.
Buat saya berakhirnya Majlis Tilawah ini berarti bulan suci Ramadhan Al-Mubarak semakin hampir.

Kelmarin sewaktu saya ke KLIA menghantar teman, saya dapati iyanya sungguh sibuk. Setiap sudut airport dipenuhi anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Jeritan siren anggota Polis Pengiring menambahkan lagi kesibukan.
Setelah hampir seminggu KLIA tenang, setelah berakhirnya ‘39th. Asean Ministerial Meeting & Asean + 3 Meeting’ kini KLIA kembali sibuk. Semua ini kerana ketibaan pemimpin-pemimpin tertinggi negara-negara OIC. Hari ini tanggal 3 Ogos 2006 bertempat di Putrajaya akan berlansungnya ‘OIC Emergency Meeting’ khusus membincangkan krisis di Lebanon. 19 dari 57 negara anggota OIC dijangkakan akan menghadiri persidangan ini. Diantaranya pemimpin negara anggota yang telah bersetuju menghadirkan diri adalah Indonesian President Susilo Bambang Yudhoyono, Pakistan Prime Minister Shaukat Aziz, Bangladesh Prime Minister Khaleda Zia, Iranian President Mahmoud Ahmadinejad, Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan and Jordan’s Crown Prince Hamza, semetara Lebanon dan Palestine diwakili oleh menteri luar dan OIC Secretary-general Ekmeledin Ihsanoglu juga dijangkakan hadir.
Persidangan tergempar itu akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Badawi. Kelmarin Menteri Luar Malaysia, Syed Hamid berkata persidangan ini khusus membincangkan soal Gencatan Senjata (Ceasefire) di Lebanon. Katanya lagi Negara-negara OIC seperti Pakistan, Indonesia, Malaysia, Bangladesh sendiri yang seharusnya menghantar tentera pengaman kesana.
Secara peribadi saya menanti apakah kata putus yang akan diambil di persidangan tergempar ini. Setelah Liga Arab membisu seribu bahasa, mampukah OIC memberikan sedikit harapan agar segala kegilaan manusia segera berhenti, atau apa mungkin OIC juga akan berterusan buta dan tuli. 
Rakyat Malaysia dari pelbagai agama hari ini bersatu dalam gelombang kemarahan ke atas kuasa besar Amerika Syarikat (AS) kerana ‘berpeluk tubuh’ melindungi Israel yang bermaharajalela membunuh penduduk Lebanon dan Palestin. Mereka mengadakan demonstrasi di hadapan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini bagi menuntut Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice - yang berada dalam bangunan itu - keluar bagi membolehkan suara mereka didengar.
Kumpulan itu cuba memecah masuk ke dalam bangunan itu untuk bertemu dengan Rice yang sedang menghadiri Forum Serantau ASEAN (ARF), namun dihalang oleh polis antirusuhan.
‘‘Turun bawah sini atau kami akan masuk melalui pintu ini,’’ jerit Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, yang mengetuai perhimpunan 10,000 orang itu.
Beliau juga mendesak AS menggunakan kuasanya menghentikan kempen ketenteraan Israel di Lebanon dan menuntut Rice menemuinya bagi menerima memorandum mereka.
Rice tidak keluar.
Namun, Rice dalam sidang akhbar petang ini berkata, AS akan membantu pihak-pihak yang terbabit dalam konflik Israel-Lebanon menampilkan syarat-syarat yang boleh membawa kepada gencatan senjata lebih awal.
“Kami berharap untuk mencapainya secepat mungkin bagi menamatkan keganasan ini. Itu yang kami harapkan,” katanya pada sidang akhbar selepas berakhir forum itu.
Sambil menggenggam penumbuk ke udara, penunjuk perasaan yang terdiri daripada anggota Barisan Nasional (BN) dan Pas itu melaung slogan ‘Allahuakbar dan Jahanam Israel, Jahanam Amerika’.
Perhimpunan yang diadakan dalam hujan lebat itu bermula selepas solat Jumaat di Masjid As-Syakirin berhampiran Menara Berkembar Petronas sebelum ia diteruskan ke KLCC, tempat berlangsungnya Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN Ke-39.
Mereka turut membakar bendera Amerika Syarikat, bendera Israel dan patung menyerupai Presiden George W. Bush, Rice serta Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert.
Beberapa orang pemimpin kanan Pemuda UMNO, MCA, MIC, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (JUST), Dr. Chandra Muzaffar turut mengambil kesempatan menyampaikan pidato mengutuk kekejaman rejim Zionis itu sambil melaungkan ungkapan ‘Jahanam Israel, Celaka Bush dan Halau Rice’.
Khairy dalam sidang akhbar selepas itu berkata, pihaknya mahu negara-negara Islam keluar daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Apa guna jadi ahli PBB kalau majoriti ahli PBB tidak boleh berbuat apa-apa kerana kuasa veto yang dimiliki negara-negara besar.
“Jikalau institusi yang ditubuhkan untuk menjaga keamanan dunia sudah tidak berfungsi dengan baik, kita harus keluar daripada pertubuhan tersebut,’’ tegas beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Malah beliau turut mengajak negara-negara Islam memikirkan tindakan ketenteraan bagi menyekat keganasan rejim Zionis itu.
Katanya, kalau negara-negara Islam seperti Iran dan Pakistan ada senjata yang begitu kuat dan hebat, kenapa negara-negara Islam itu tidak bertindak bagi mempertahankan bumi Palestin.
Dalam perkembangan berkaitan, perhimpunan yang pada mulanya berjalan dengan aman itu tiba-tiba bertukar kecoh apabila Khairy dihalang oleh polis untuk masuk ke KLCC bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Rice.
Bagaimanapun Khairy akhirnya dibenarkan masuk melalui pintu yang disediakan khas untuk pihak media dan berjaya menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Amerika Syarikat.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Norza Zakaria yang juga Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan menyifatkan demonstrasi tersebut sebagai cerminan suara rakyat Malaysia yang mahukan dunia menyelamatkan Palestin dan Lebanon.
Ketua Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang turut menyertai perhimpunan itu pula berkata, generasi muda Malaysia akan terus lantang mengecam kezaliman Israel.
*dipetik dari Utusan Malaysia Online
"Khairy dalam sidang akhbar selepas itu berkata, pihaknya mahu negara-negara Islam keluar daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).“Apa guna jadi ahli PBB kalau majoriti ahli PBB tidak boleh berbuat apa-apa kerana kuasa veto yang dimiliki negara-negara besar."
*Satu usul yg bagus, mungkin OIC harus memikirkan tentang perkara ini.
  
 | Category: | Books | | Genre: | Other | | Author: | Norhalim Hj Ibrahim |
Judul :Glosari Adat Negeri Sembilan Pengarang : Norhalim Hj Ibrahim Penerbit : Unit Koleksi N. Sembilan, Perbadanan Perpustakaan Awam N.S Genre : Ilmiah Mukasurat : 299 halaman Cetakan Pertama : 2004 Harga : RM30 Glosari Adat Negeri Sembilan merupakan sumber rujukan terbaik untuk membantu anda memperkayakan kosa kata adat dan perbilangan, khususnya di Negeri Sembilan. Senarai komprehensif kata-kata adat dan perbilangan akan meningkatkan keberkesanan pemahaman anda tentang adat di negeri beradat ini. •mesra pengguna dengan kira-kira 2500 entri secara turutan A-Z •kata entri diperkuat dengan contoh-contoh perbilangan •ada ringkasan di akhir glosari bagi memudahkan pemahaman •amat bermanfaat untuk pelajar dan orang ramai menelaah adat di Negeri Sembilan •rujukan terbaik untuk mereka yang ingin mencari makna sesuatu kata adat atau perbilangan

| |