Jimmy's posts with tag: [history]

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag [history]
Blog EntryAdat Perpatih di NaningJul 15, '06 12:20 AM
for everyone

Mulai Sabtu hingga Ahad lepas, saya terlibat dengan Pesta Persukuan Adat Perpatih & Masakan Tradisional Negeri Sembilan di UKM. Hari Sabtu tidak terlibat 100% kerana pada sebelah pagi saya ke DBP untuk Forum Kebudayaan Generasi Muda. Sebelah petang, sibuk dengan jualan buku. Ramai juga orang luar NS yang mengambil kesempatan menambah pengetahuan tentang adat perpatih. Alhamdulillah, melalui forum dan wacana, ramai yang sudah terbuka minda. Hendaknya, sesiapa yang hadir ke Pesta Persukuan Adat itu, tiada lagi dalam mindanya menghalang anak lelakinya berkahwin dengan puteri Negeri Sembilan. Jika tidak, dahulu semuanya takut untuk membenarkan puteranya bernikah dengan puteri NS, takut-takut harta nanti habis dikikis. Setelah penjelasan, tiada harta yang akan dikikis. Malah, kami puteri NS punya harta sendiri dan tidak perlu mengambil harta yang bukan milik.

 

Pada hari Ahad, saya terlibat dengan segmen "Kemusykilan Adat". Panel yang turut sama ialah Dr. Nordin Selat dan Dato' Khalid Bonget - kedua-dua orang kuat adat. Seorang tokoh akademik, seorang lagi pengamal adat. Saya mewakili generasi muda yang mencintai dan ingin mendalami adat ini.Turut saya bawa bersama-sama ke DBP & UKM ialah adik baru saya - Syarifah Salha - Penulis muda NS yang sedang menempa nama. Kasihan juga, saya arak dia ke hulu ke hilir. Harapnya Salha tak serik dan dapat sedikit sebanyak pengalaman baru.

 

Semalam saya ke Cherana Putih, di Tabuh Naning, Melaka. Ada Seminar Adat Pepatih Naning. Wah, seronok saya. Dapat lagi ilmu baru tentang adat ini. Ada sedikit perbezaan dan banyak persamaan antara Adat Perpatih NS dan Adat Perpatih Naning. Sementelahan, Naning merupakan sebahagian daripada wilayah NS sebelum persempadanan antara negeri dibuat. Lagipun Naning bersempadan dengan Rembau. Dari segi dialek NS, masih agak pekat di Naning. Ia semakin kurang di kawasan Kuala Sungai Baru. Di sana, penuturnya sudah menggunakan dialek Melaka.

 

Paling indah, ketika majlis semalam dirasmikan. Turut hadir Dato' Undang Naning yang lebih dikenali sebagai Penghulu Naning - YTM Dato' Seroja Merah Abdul Latiff Haji Hashim bersama-sama dengan Toh Puan Sahzizan Deris. Mereka berdua setia menunggu majlis tersebut sehingga selesai.Semoga adat ini akan terus merentas zaman. Selagi ada pengamalnya yang masih berbangga dengan kewujudan adat ini, selagi itulah adat ini akan terus hidup.

 

*e-mail kiriman kak Nisah Haron

foto#1: Bendera Naning

foto#2: Bendera Suku Tigo Batu ....suku saya hehehe...

foto#3: Bendera Suku Semelenggang



ReviewReviewReviewReviewAdat Merentas ZamanJul 11, '06 11:42 PM
for everyone
Category:Books
Genre: History
Author:Tan Sri A Samad Idris, Norhalim Ibrahim
Judul: Adat Merentas Zaman
Susunan : Tan Sri A Samad Idris, Norhalim Ibrahim, Haji Muhammad Tainu Dharmala N.S
Penerbit : Jawatankuasa Penyelidikan Budaya, Negeri Sembilan
Mukasurat : 567 halaman
Cetakan Pertama : 1994

Negeri Sembilan, Gemuk berpupuk, Segar Bersiram - Adat Merentas Zaman ini mengandungi kertas-kertas kerja yang ditulis secara ilmiah oleh penulis-penulis sejarah dan adat yang terkenal. Ia telah dibincangkan dalam Seminar Adat Perpatih dan Warisan Budaya Negeri Sembilan dalam tahun 1984.
Antara topik-topik yang dibincangkan dalam buku ini adalah Sejarah Adat Perpatih, Sistem dan Struktur Adat, Adat dan Pembangunan, Adat Minangkabau dan Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian Adat.
Buku ini amat sesuai bagi mereka yang ingin mengetahui secara mendalam mengenai Adat Perpatih dan kajian-kajian ilmiah yang telah dijalankan terhadapnya.



ReviewReviewReviewReviewPayung TerkembangJul 11, '06 11:24 PM
for everyone
Category:Books
Genre: History
Author:Tan Sri A. Samad Idris
Judul : Payung Terkembang
Pengarang : A. Samad Idris
Penerbit : Pustaka Budiman
Genre : Budaya/Warisan Sejarah
Mukasurat : 457 halaman
Cetakan Pertama : 1990
ISBN :

Buku ini sengaja dituliskan dengan maksud supaya rakyat kedua-dua negara kita Malaysia/Indonesia dan Negeri Sembilan/Sumatera Barat sebanyak sedikit mengetahui akan salur galur sejarah kedua-dua daerah ini secara ringkas.

Orang-orang Negeri Sembilan khususnya tentunya ingin mengetahui asal usul negeri nenek moyangnya. Manakala orang-orang Minangkabau pula ingin mengetahui apa yang telah berlaku kepada nenek moyangnya yang telah merantau jauh sejak beratus tahun yang lalu.
Tentu saja tidak semua di antara kita yang berpeluang melawat kedua-dua negeri dan daerah ini, tetapi dengan membaca buku kecil ini sebanyak sedikit mereka akan dapat gambaran yang nyata walaupun tidak secara mendalam.

Atas kesedaran inilah saya telah meminta Datuk Bendaro Lubuk Seti seorang pegawai dari kantur Gabenor Sumatera Barat Padang dan seorang tokoh sejarah yang tidak asing lagi di Minang untuk menuliskan sejarah Minangkabau, diadunkan dalam sebuah buku bersama-sama dengan tulisan saya mengenai Negeri Sembilan, semoga ada munafaatnya.

-Tan Sri A Samad Idris (1990)

Isi kandungan

I. Sedikit mengenai buku ini
2. Balada anak pertiwi
3. Kata-kata Aluan
4. Pertembungan dua budaya
5. Hasrat Hati
6. Lawatan Pertama
7. Darah Perantauan
8. Nama-nama suku di Negeri Sembilan
9. Asal nama Seri Menanti
10. Menjemput Raja
11. Negeri Sembilan purbakala
12. Negeri Sembilan di satukan kembali
13. Lahirnya nama Negeri Sembilan
14. Bendera Negeri
15. Sedikit tentang adat istiadat
16. Gelaran Yang Dipertuan (Yamtuan)
17. Gelaran Undang
- Undang dan Undang-Undang
18. Kata Penutup Seminar Adat
- Surat Gabenor Harun Zain
19. Team Kesenian
20. Lagu Payung Terkembang
21. Lagu Indahnya Alam Negeri Moyangku
22. Missi Muhibah Kesenian
- Catatan Datuk Rashid Manggis
23. Raja Melewar
24. Istana Lama
25. Perlantikan adinda bukan kali pertama
26. Negeri Sembilan sekarang
- Menteri-Menteri Besar
27. Sedikit tentang Malaysia
- Menteri Kabinet
28. Gelaran Datuk Bagi Gabenor Sumatera Barat
- Titah DYMM Tuanku Jaafar
- Ucapan Harun Zain
29. Gelaran Pesaka Diraja
30. Kota Bersaudara Bandar kembar Bukit Tinggi/Seremban
31. A. Samad Idris digelar Dato' Minangkabau
32. Asal Minangkabau
33. Satu Analisa Mengenai Asal Nama
34. Kerajaan Pasumayam Kota Batu
35. Kerajaan Bukit Batu Patah Pagar Ruyung
36. Peradaban Minangkabau sampai Abad XII
37. Kerajaan Bungo Setangkai di Sungai Kayu Batarok
38. Bundo Kanduang
39. Luhak nan Tigo
40. Pandangan Sarjana Barat
41. Undang-undang nan XX
42. Kerajaan Dusun Tuo Lima Kaum
43. Hubungan dengan negeri luar
44. Warna Palambang atau bendera / Marawa Minangkabau
45. Yang Dipertuan Sakti Raja Hitam Tuanku Raja Alam Bagagarsyah Johan Berdaulat Raja Terakhir
46. Tokoh-Nama Orang dan Tempat


© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help