Tanggal 24 Dis’ 06 bertempat di Dewan Merdeka PWTC telah berlansungnya kemuncak program reality show terbitan TV3 (Malaysia) & TransTV (Indonesia). Acara yang saya maksudkan adalah Mentor Vs Bintang Cari Bintang. Fiq (protegenya Amy Search) juara Mentor bertemu Ima (protegenya Inul) juara Bintang Cari Bintang.
Sebenarnya saya bukanlah penggemar acara-acara reality show sebegini, tetapi 2 faktor yang membuatkan saya tertunggu-tunggu, penasaran orang Indonesia bilang......hehehe..
Pertama:
Kerana dua genre muzik yang berbeda Dangdut & Rock
Kedua:
Kerana iyanya mempertemukan 2 tetangga serumpun.
Acara ini dijalankan mengikut format, 50 % markah dari juri professional dan 50 % dari system SMS. Jurinya Imaniar Nursaid dari Indonesia, Iskandar Mirza dari Singapura dan Zainal Abidin dari Malaysia. Juara akan membawa pulang hadiah sebanyak RM 19,000......duhhhh banyak tohhh!!!......
Tepat jam 9.00 malam acara pun bermula. Persembahan pertama dimulakan oleh Fiq, beliau mendendangkan lagu ‘Pelesit Kota’ lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Search. Sejurus selepas itu giliran Ima membuat persembahan, cewe manis ini mendendangkan lagu ‘Hello Dangdut’....tapi saying sekali Inul gag bisa hadir menyaksikan anak didik menggerudi PWTC. Sejurus selepas itu kedua-dua protégé berduet dalam lagu ‘Sedang Ingin Bercinta’.
Acara juga diselitkan dengan persembahan Dtk. Siti Nurhaliza, Amy Search & Mendua dari Indonesia.
Segmen kedua bermula, Ima memulakan persembahan dengan killer song nya ‘Goyang Inul’ keliatan dewan PWTC seperti mo meledak! supporter Ima terus bangun dan berjoged bersama, kabarnya penganjur telah menyiapkan ruangan khas yang terdiri dari petugas Kedutaan Besar Indonesia.....setelah itu Fiq kembali lagi dengan lagu ballad ‘Teguh’.....disinilah kekuatan vocal Fiq terserlah.....
Akhirnya keputusan pun diumumkan juri telah memberikan ...berapa yahhh... lupaaa.....apa yang saya ingat Ima menang di mata juri, manakala Fiq menang di mata pengundi (SMS). Keseluruhannya Fiq adalah juara antara juara dan membawa pulang RM 19,000.
RM 50,000 (Juara Mentor) + RM 19,000 (Juara antara Juara)....banyak juga tuh... not bad for the start.....
Tidak adil rasanya, kasihan si Ima (terus terang saya support si Ima hehehe
...) seharus acara ini diadakan di kedua-dua negara, Kuala Lumpur & Jakarta.....nah baru bisa tau siapa pemenang yg sebenarnya.....anyway tahniah buat kedua-duanya.
Komentar Imaniar Nursaid (Indonesia)
“Saya tidak tahu kenapa undian SMS (khidmat pesanan ringkas) hanya di Malaysia dan tidak di Indonesia? Keputusan itu boleh dipersoalkan dan barangkali kerana masalah teknikal. Tetapi pertandingan sudah tamat. Mudah-mudahan pada masa depan sistemnya berlangsung lebih baik.”
Untuk info selanjutnya klik disini