Jimmy's posts with tag: [food]

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag [food]
Blog EntryJuadah TradisiMay 12, '08 3:34 AM
for everyone

Kelmarin kami sekeluarga pulang ke kampung, menjenguk apa yang patut....dalam perjalanan pulang kami singgah sebentar rumah MakTeh di Tanjung Ipoh. Pada mula hanya mahu singgah sebentar tetapi setelah MakTeh  menyatakan dia ada membuat juadah istimewa buat makan tengahari, kami sekeluarga setuju menanti masaknya juadah istimewa itu......

 

Juadah istimewa yang saya maksudkan adalah ‘Sambal Tempoyak Daun’. Setiap daerah di Negeri Sembilan punya sebutan yang berbeza misalnya daerah saya Kuala Pilah menyebut Sambal Tempoyak Daun, di daerah Rembau menyebut Sambal Daun, ada juga yang hanya menyebut Sambal Tempoyak...tak kisah lah! pokoknya sama...pokok daunn...ha ha ha...

 

Buat informasi anda Sambal Tempoyak Daun adalah resepi tradisi masyarakat minangkabau Negeri Sembilan. Kalau mengikut cara tradisionalnya sambal ini harus menggunakan 44 jenis daun...perghh??!

 

Mak saya bilang daun-daun itu adalah (yg dia masih ingat) pucuk ubi, pucuk keladi, daun kunyit, pucuk labu, pucuk keladi, pucuk kaduk, pucuk kacang panjang, daun lidah kerbau, daun kacang botol, daun pepanggil, daun lampin anak, daun mamun (2 nie saya tak pernah tengok) dan  daun2 lain yang sukar ditemui dewasa ini..hi hi...

 

Bahan-bahan yang lain adalah lado api (cili api), santan kelapa pekat, tempoyak, ikan bilis dan lebih sedap kalau ditambah petai...hi hi...hi...

 

Sambal Tempoyak Daun ini enak dihidangkan bersama nasi putih atau pulut.

*jika nak tau resepi & cara membuatnya PM ke saya*

 


Blog EntryAyam Bakar Wong Solo.Apr 14, '08 10:16 PM
for everyone

Hujung minggu seawal jam 11 pagi kami dah terpacak di depan Restoran Ayam Bakar Wong Solo di Kampung Baru (berhampiran Masjid Jamek). Memang enak, lazat dan gurih...cuman lokasinya itu! sempit dan susah nak cari parking......kabarnya ada lagi cawangan di Taman Dagang, Ampang, ayuhh kita cuba...... Halalan Thayyiban

 


Blog EntrySalero NogoriFeb 18, '08 11:23 PM
for everyone

Check it out!........ wut will happen when Nasi Padang & Salero Nogori mix together.

Podeh bonar mak oiii…….

 

Salero Padang/Padangcentric

 

-         Ayam kampung goreng bumbu (kampung chicken marinated with bumbu and deep-fried)

 

-         Gulai otak (curried beef brains; a hot favourite which you must go early for)

 

-        Gulai tunjang (red beef tendon curry)

 

-         Ayam kalio (red chicken curry)

 

-        Daging dendeng (crispy beef served with coconut-water-based sauce)

 

Salero Nogori/Nogoricentric

 

-               Masak lomak Lado Api (green coconut-based curry with hot chili) with daging salai (grilled  beef)  ikan sembilang salai (grilled catfish) and telur itik (duck egg)

 

-              Sambal Pucuk Tempoyak. This uncommon and must-try dish comprises seven types of ulam (among them pucuk ubi [potato leaf shoots], pucuk kaduk [kaduk leaf shoots], pucuk labu [pumpkin leaf shoots], petai [omputih pgl. potai], serai [lemon grass] and daun kunyit [turmeric leaf) cooked with Tempoyak (fermented durian)

 

-              Sambal Petai.

 

Lokasi/Location

-              Amcorp Mall: 247, 249, 251 & 253, Level 2, Amcorp Mall, 18 Persiaran Barat, off Jalan Timur, 46050 Petaling Jaya, Selangor.

 

-              Kelana Jaya: 4 Jalan SS5B/2, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor. 

 

-              Sri Hartamas: 33 Jalan Sri Hartamas 7, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

 

so see ya there!....

 


Photo Albumpekena Jake's Charbroil (4 photos)Jan 16, '08 10:03 PM
for everyone
ddd
dThumbnaild
ddd
Walaupun bleh tahan mahal tapi berbaloi....good steaks!


Photo AlbumLemang@Lomang@Lamang. (5 photos)Dec 26, '07 3:37 AM
for everyone
ddd
dThumbnaild
ddd
Lemang adalah makanan tradisi yang masih digemari ramai sehingga sekarang. Biasanya kalau di kampung saya di Negeri Sembilan, lemang akan dibakar sehari sebelum Hari Raya Puasa atau Raya Qurban (atau dulu-dulunya dipanggil hari Mantai). Makanan tradisi ini paling enak dimakan bersama rendang kerbau atau lembu, tapi malangnya lemang hanya mampu bertahan selama 2 hari kerana santan yang digunakan untuk memasak menjadikannya cepat basi/rusak.

Kini keadaan sudah berubah, lemang sudah boleh di dapati sepanjang waktu. Pada setiap kali tiba musim perayaan pula, kita akan dapati banyak gerai/warung sementara didirikan di tepi-tepi jalan yang strategik, untuk membakar dan seterusnya menjual lemang tersebut di situ.

Ini foto yg sempat saya rakamkan sewaktu pulang menyambut Aidil Adha yg lalu.

*Awas! Lemang mempunya kandungan cholesterol yg tinggi...dan berkemungkinan akan kami patenkan menjadi hak milik Negeri Sembilan...hi hi hi...

Blog EntryRamadhan bulan menjamu selera??Sep 10, '07 2:55 AM
for everyone
 

Ramadhanmerupakan rezeki kepada para penjual. Banyak jenis makanan, minuman dan lauk-pauk dijual untuk berbuka ataupun bersahur. Rambang mata dibuatnya. Apa saja jenis ada dijual dari kuih Tahi Itik hinggalah ke Batang Buruk. Hinggakan bulan puasa tak salah dikatakan bulan pesta makanan. Di bazar-bazar Ramadan, ia bagaikan one-stop centre untuk membeli berbagai-bagai makanan. Kadang-kadang kita tak tahu di mana makanan ini dijual di bulan-bulan selain puasa. Alih-alih, ada saja di bulan puasa ini.

 

Walaugaimana pun berhati-hati dalam berbelanja jangan lah kita membazir dalam bulan yang mulia ini. Bulan Ramadahan bukan bulan untuk menjamu selera. Sekali-sekala yah tidak mengapa...hi hi...Ini adalah diantara makanan yang saya gemari selain dari masakan Ibu yang asli masakan Negeri Sembilan.

 

 

 

Air Katira Abu Bakar. Air yang berwarna hijau muda ini terdiri daripada air pandan, susu, biji selasih, buah kurma (Tamar) dan lain-lain yang saya tidak tahu. Airnya manis sesuai untuk berbuka. Tersohor di Negeri Johor Darul Takzim dan banyak dijual sekitar  Pasarr Ramadhan Stadium Larkin, Bdr. Baru Uda  dan Kampung Melayu Johor Bahru.

 

 

Nasi Ambang. Ikut slang Jawa disebut "Nasi Ambeng". Nasi ini ada banyak lauk dicampur sekali. Ada mi goreng atau mihun, sayur campur, tempe, tahu, ayam, daging dan sambal diperbuat dari kelapa. Tersohor di Negeri Johor Darul Takzim. Boleh ditemui  di banyak tempat tetapi kegemaran saya ialah di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Jika bertugas di Johor Bahru di bulan puasa pasti mampir dulu ke Pasir Gudang.

 

 

Nasi Kerabu. Tersohor di Negeri Kelantan Darul Naim dan Terengganu Darul Iman. Nasi biasanya putih atau ada juga berwarna biru atau kelabu bergantung kepada pewarna. Ada ulam-ulaman ataupun "pucuk kayu" seperti bunga kantan, daun limau (saya tak tahu sangat, tahu makan je...) dicampur sekali. Selain itu, ada juga budu, sambal ikan, ayam dan daging bakar. Kalau di Kuala Lumpur yang biasa berjualan adalah orang Pantai Timur. Kabarnya resepi original adalah kedai tepi mahkamah di Kota Bharu.

 

 

Rojak Asma. Satu-satunyanya rojak yang menggunakan nama orang. Tersohor di selatan semenanjung terutama di Johor Bahru. Keistimewaannya adalah komponen rojak boleh dipilih seperti cucur, kentang, tempe, sotong dan lain-lain. Disebabkan banyak pilihan, kadang-kadang tanpa saya sedari sudah banyak yang dipilih hinggakan sakit perut dek makan terlalu banyak. Kadang-kadang beberapa hari baru habis makan. Bakinya disimpan dalam frezer dan dipanaskan kembali bila mahu dimakan.

 

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

 


Blog EntryKFC discount vouchers! May 3, '07 11:15 PM
for everyone

KFC fish discount vouchers! Just print out and bring it to KFC to enjoy your 20% discount. Fingga lickin good!.....hehehe...


Blog EntryBerbuka di ‘Sari Ratu’Sep 28, '06 11:33 PM
for everyone

Bukan senang kami sekeluarga mau berkumpul. Kelmarin setelah pening memikirkan mahu berbuka dimana, akhirnya semuanya setuju ‘selero awak’ jadi pilihan. Lokasi pilihan ‘Restoran Sari Ratu’ di Bukit Bintang. ‘Restoran Sari Ratu’ di bulan Ramadhan menawarkan buffet buat para pelanggannya. Memang banyak restoran masakan minang di Kuala Lumpur tetapi rasanya “Sari Ratu’ adalah yang terbaik. Buat teman-teman jangan tersalah anggap yah! Selero Padang (Nasi Padang)  adalah berbeza dengan  Selero Negori (Masakan Negeri Sembilan). Jika anda ke ‘Sari Ratu’ cawangan (cabang) Ampang waterfront, anda boleh juga ke ‘Sari Bondo’(masakan Negeri Sembilan) yang terletak tidak berapa jauh dari situ. So! anda boleh mencuba kedua-duanya dan bisa tahu perbezaannya.

 

 Menariknya tentang Restoran Sari Ratu ini dulu ‘opening ceremony’ dilakukan sendiri oleh mantan Presiden Republik Indonesia,  Ibu Megawati.

 

Buffet Ramadhan:         RM35 dewasa.

                                    RM15 kanak-kanak 12thn. kebawah.

 

Masa:                           7.00pm – 9.00pm

 

Alamat:                         Restoran Sari Ratu

                                    No. G26-G28, Jalan 4/76C

Desa Pandan Kuala Lumpur

Tel No: 03 - 9285 8811/ 8831

 

Restoran Sari Ratu

GF 42-2, Jalan Sultan Ismail

Bukit Bintang Kuala Lumpur

Tel No: 03 - 2141 1811

 

Restoran Sari Ratu

No. 26, Ampang Waterfront

Taman Kosas, Ampang

Kuala Lumpur

 

*diantara menunya: ABC (Es Teler ) duhh uenakkk sehhh!!!

 


Blog EntryBuka Puasa Promotion/ BufetSep 28, '06 3:36 AM
for everyone


Buka Puasa Promotions KL & Selangor

Hotels/Restaurant/Clubs

Buka Puasa Promotions

Reservation Numbers

TAMARIND SPRINGS

Jln 1
Taman T.A.R 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan

RM60 ++

O3-4256-9300

TAMARIND HILLS

1, Jalan Kerja Air Lama 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan

RM50 ++

03-4256-9100

DORSETT REGENCY HOTEL

172 Jalan Imbi 55100
Kuala Lumpur

RM55.00++

03-2715 1000 ext 188

PALACE OF THE GOLDEN HORSES

Jalan Kuda Emas, The Mines Resort City, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

RM65 ++ (Carousel Café)
RM80++ for two persons (Cavallini's)
RM118++ for two persons (KIM MA) RM50++ per person (KIM NO UMA)

03-8943 2333

REGENT KUALA LUMPUR

160 Jalan Bukit Bintang 55100
Kuala Lumpur

RM76 ++ per adult
RM38 ++ per child

03 2117 4163.

SHERATON SUBANG HOTELS

Jalan SS12/1 Subang Jaya 47500 Selangor

RM75++ per person (Melati Hall) RM75++ per person (Terazza Brasserie)

03 5033 7450

GRAND BLUEWAVE HOTEL
SHAH ALAM

Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

RM59.00++ (Adult),
50% discount for Senior Citizens
and Children aged 6-11 years old.

03-5511 8811 ext. 2616.

CARCOSA SERI NEGARA
KUALA LUMPUR

Taman Tasik Perdana 50480 Kuala Lumpur

RM90 ++ (beverages included)

03 2295 0888

HOTEL EQUATORIAL
KUALA LUMPUR

Jalan Sultan Ismail 50250
Kuala Lumpur

RM85++ for adults,
RM24++ for children

03 2161 7777

HOTEL NIKKO KUALA LUMPUR

165, Jalan Ampang 50450
Kuala Lumpur

RM68++ to RM88++
(Ben Kay Japanese Restaurant)
RM90.00++ per person
(Café Serena Brasserie)

03-2161 1111

IMPIANA KLCC HOTEL AND SPA

13, Jalan Pinang 50450
Kuala Lumpur

RM78++ per person (adult) RM39++ per person (child)

03 2141 6233

THE LEGEND HOTEL KUALA LUMPUR

Putra Place
, 100 Jalan Putra 50350 Kuala Lumpur

RM68.00++ per person

03 4042 9888

BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL
AND CONVENTION CENTRE

No 1 Jalan Imbi 55100
Kuala Lumpur

RM55 ++ per adult
RM27.50 ++ per child

03-2117-8000 EXT 8133

CYBERVIEW LODGE RESORT & SPA

Persiaran Multimedia 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

RM65.00++ per adult
RM32.50++ per child
(4 - 12 years old)

603 – 8312 7015

INTEKMA RESORT &
CONVENTION CENTRE

Persiaran Raja Muda Section 7 40000 Shah Alam

RM 35.00 nett/ person (adult)
RM 17.50 nett/ person (children)
RM 15.00 nett/ person
(buffet Sahur)

03-5522 5000/9

PAN PACIFIC KUALA LUMPUR INTERNATIONAL

Kuala Lumpur International Airport
Jalan CTA 4B, 64000 KLIA, Sepang Selangor Darul Ehsan, Malaysia

RM75 ++ per person

603 8787 3333

CITITEL MID VALLEY

Lingkaran Syed Putra
59200
Kuala Lumpur

RM55.00 nett per adult
RM27.50 nett per child

03-2296 1124

MANDARIN ORIENTAL
KUALA LUMPUR

Biba's Café
Cascade Restaurant and Bar
Pacifica Grill & Bar
Wasabi Bistro

RM82 per person
RM73 per person
RM99 per person
RM80, RM90 or RM110 per person.

60 (3) 2179 8881

THE SAUJANA KUALA LUMPUR

Saujana Resort
Jalan Lapangan Terbang SAAS
40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

RM55.00++ per person
(1st & 4th week)
RM70.00++ per person
(2nd & 3rd week)

03-7840-5584/83

HOTEL ISTANA KUALA LUMPUR

73
Jalan Chulan,
50200
Kuala Lumpur

RM75.00++ per adult
RM48.00++ per child
(below 12 years)

03-2141 9988 ext. 3667

CROWN PRINCESS KUALA LUMPUR

City Square Centre,
Jalan Tun Razak
50400
Kuala Lumpur

RM79.35 nett per person

03-2162-5522

CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR

2 Jalan Sultan Ismail,
50250
Kuala Lumpur

RM69.00++ per person

03-2144 2200

THE ROYALE BINTANG
KUALA LUMPUR

Jalan
Bukit Bintang,
55100
Kuala Lumpur

RM50.00 ++ per person

603 - 2143 9898

PALM GARDEN HOTEL

IOI Resort 62502 Putrajaya

RM60.00++ Adult (Palm Café)
RM36.00++ Child (4-12years old)
RM45.00++ Adult
(Aroi Dee Thai Restaurant)
RM27.00++ Child (4-12years old)

03 8943 2233 ext. 8855

COSMIC RESTAURANT

Groundfloor, Menara MapleLee
No 1, Changkat Raja Chulan
50200
Kuala Lumpur

RM35 nett per person

02-2026 - 3333

QUALITY HOTEL SHAH ALAM

RM43 ++ per adult
RM18++ per child
(5-12 years old) and
senior citizens (above 55 years old)

03-5510-3696

HOTEL ARMADA PETALING JAYA

Lorong Utara C
Seksyen 52
46200 Petaling Jaya

RM 56 ++ per adult
RM30++ per child

Tel (603) 7954 6888 ext. 4557

THE PLAZA HOTEL KUALA LUMPUR

Jalan Raja Laut
50350
Kuala Lumpur

RM35 ++ per person

Tel 03-2698-2255

De PALMA HOTEL AMPANG

Jalan Selaman ½,
Palm Square, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.

RM 45++ (Adult) RM 24++(Child)

Tel: 03-4270 7070

De PALMA HOTEL SHAH ALAM

Jalan Nelayan 19/15,
Sec 19, P.O.Box 7511,
40718 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

RM 43++(Adult)
RM21.50++(Child)

Tel: 03-5542 8080

De PALMA HOTEL
KUALA SELANGOR

Jalan
Tanjung Keramat,
45000
Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.

RM 25 Nett (Adult)
RM 13 Nett (Child)

Tel: 03-3289 7070

De PALMA HOTEL SEPANG

Bandar Baru Salak Tinggi,
43900 Sepang,
Selangor Darul Ehsan.

RM25 Nett (Adult)
RM15 Nett (Child)

Tel: 03-8706 2020

VISTANA HOTEL
KUALA LUMPUR

9 Jalan Lumut,
Off
Jalan Ipoh,
50400
Kuala Lumpur,
Malaysia

RM38 nett per adult
RM26 nett per child
(4 to 12 years old)

TEL 03-4042-8000 EXT 4/8050

GRAND SEASONS HOTEL

72 Jalan Pahang
53000
Kuala Lumpur

RM55.00++ for adults
RM27.50++ for children
(below 12 years)

03-2697 8888 ext. 8819 / 8801

PRINCE HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR

No 4, Jalan Conlay
50450
Kuala Lumpur

RM75.00++ per person.

03-2170 8888 ext. 8119/8120

 

 

*Tetapi kalo ada yang  mau berbuka secara  percuma (gratis) dipersilakan mampir  ke rumah saya, setanding hotel 5 bintang juga loh!! 


Photo Album2005 Pasar Ramadhan (29 photos)Sep 20, '06 4:10 AM
for everyone
ddd
dThumbnaild
ddd

Photo AlbumJuadah/Selera Ramadhan (34 photos)Sep 18, '06 3:28 AM
for everyone
ddd
dThumbnaild
ddd
Bulan Ramadhan Al Mubarak kembali menjelma kembali. Sempena bulan yang mulia ini seluruh umat Islam akan menunaikan Rukun Islam yang ketiga. Di samping kita berpuasa dan beramal, saat-saat yang sering kita nantikan ialah waktu berbuka. Di Malaysia sepertinya sudah menjadi adat kebiasaan membeli juadah berbuka di ‘Pasar Ramadhan’. Ribuan manusia akan membanjiri seluruh pasar-pasar Ramadhan diseluruh negara. Pasar

Ramadhan bukan hanya buat muslimin-muslimat yang berpuasa, malah bangsa-bangsa lain turut sama membeli juadah-juadah beraneka macam. Foto-foto ini adalah diantara juadah-juadah yang sering kita temui di ‘Pasar Ramadhan’. Duhhh jadi laparrrr.........

© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help