31hb. Ogos bakal menjelma lagi, tarikh keramat warga Malaysia. Masih ku teringat sewaktu kecil, setiap kali datangnya 31hb. Ogos, setiap kali kalimah ‘Merdeka’ dilaungkan di kaca TV dan di corong-corong radio ku lihat arwah atuk membisu seribu bahasa, apa yang bisa kulihat hanya dada bidangnya turun naik- turun naik, kulihat sepasang mata hitamnya umpama bola api, ahhh! ngeri ku melihatnya dan ku menoleh pula kepada nenek. Nenek juga membisu seribu bahasa, tenang dan sesekali kulihat nenek coba menyapu airmata dipipinya. Suasa hening ketika itu sukar kumengertikan.
Setelah dewasa baru kausadari betapa arti kemerdekaan kepada meraka. Buat kita anak bangsa yang lahir setelah merdeka, apakah setiap kali menjelmanya 31 Ogos kita akan menitiskan air mata?Apa erti kemerdekaan kepada anda semua? Adakah, pada anda, merdeka bermaksud dapat bercuti satu hari untuk melepak atau menonton perarakan Hari Merdeka? Adakah, pada anda, merdeka bermaksud pergi bercuti bersama keluarga di air terjun atau pusat peranginan? Adakah, pada anda, merdeka bermaksud berparti dan berdansa sambil peluk-pelukan dan bercumbu-cumbuan di tempat awam sehingga dinihari?
Ya, itu semua terserah! terserah kepada anak bangsa yang lahir setelah medeka!
Tuk! Nek! kami bersumpah, tidak kami persiakan kemerdekaan ini, tidak kami persiakan segala darah dan airmata yang mengalir demi untuk sebuah kemerdekaan, Tuk! Nek! inilah janji dan sumpah kami.....................
Sebagai warga pesada tercinta
Kami sentiasa sedia
Mempertaruhkan kudrat
Siaga berdiri di medan
Pada garis paling hadapan
Biar berputih tulang
Daripada berundur ketakutan
Membiar musuh mencuri kesempatan
Tanpa rela berputih mata