Hujung minggu yang lalu sewaktu pulang kampung di Kuala Pilah, saya di pelawa sepupu melawat Muzeum Adat yang terletak di Pekan Kuala Klawang, Jelebu. Pembukaan museum ini adalah hasil dari usaha Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, beliau adalah anak jati Jelebu. 2 rangkap pantun oghang-oghang Jolobu...
Ko Jelobak ko Jolobu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat Jolobu
Tak hancur badan hidup mengasai
Kalau nak tahu podeh eh lado
Ambik sebatang dipotong digiling
Kalau nak tahu banyak eh jando
Datanglah ko pilah jo senaling

Tengkolol/Dastar Yamtuan Negeri Sembilan yang dijadikan Tengkolok rasmi Yang di-Pertuan Agong. Anda tahu apakah nama dastar itu??...

Pantun lagi....orang Jelebu memang tersohor dalam berpantun.....

Berasal dari Iskandar Zulkarnain??...bleh cayo ko??..

Ada yang mahu melenggang perut??...he he...
Upacara ini saya sendiri tak pernah tengok....

Batu Bertikam ini ada pelbagai versi...ada versi Negeri Sembilan, ada versi Sumatera Barat.