Category:Books
Genre: Other
Author:Prof. Abdullah Hassan, Aripin Said & Ain
Judul : Koleksi Pantun Untuk Majlis Perkahwinan Dan Persandingan Melayu
Pengarang : Prof. Abdullah Hassan, Aripin Said & Ainon Mohd
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Pendidikan Satera
Mukasurat : 257 halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9833372007
Tiga tujuan utama kami mengarang dan menyusun buku ini adalah:
1. Membantu menjadikan adat-adat istiadat majlis pertunangan, pernikahan dan persandingan Melayu pada zaman moden ini dijalankan dengan mematuhi peraturan sosiobudaya dan sosiolinguistik Melayu.
2. Menyediakan bahan-bahan daripada tradisi bahasa Melayu klasik yang sesuai digunakan dalam pengurusan majlis pertunangan, pemikahan dan persandingan Melayu bagi meningkatkan lagi keberkesanan tatacara dan gaya pengurusan majlis- majlis itu.
3. Membetulkan pelbagai kesilapan yang kini banyak berlaku yang menyalahi peraturan sosiobudaya dm sosiolinguistik Melayu dalam majlis-majlis adat istiadat Melayu.

Sebahagian daripada bahan yang terdapat dalam buku ini sudah diterbitkan dalam buku kami yang terbit lebih awal dengan tajuk Pantun dan Gurindam untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan. Apa yang terkandung dalam buku ini adalah lebih banyak dan lebih terperinci lagi bagi membolehkan pengguna membuat lebih banyak pilihan berdasarkan keperluan majlis yang diadakan.

Peraturan dan panduan bahasa dalam Bahagian I buku ini adalah untuk kegunaan para Pembawa Majlis dan semua yang bertugas menyambut dan melayan tetamu. Bahagian 6 sengaja disertakan kerana ia menjadi bahan-bahan tambahan yang dapat digunakan bagi memenuhi keperluan dan citarasa pengguna buku ini. Pantun-pantun dan gurindam yang dikemukakan dalam buku ini adalah sebagai cadangan sahaja. Pengguna dapat mengarang semula isi teks yang akan digunakan dengan menggunakan dan menggabungkan mana-mana bahagian dalam buku ini.
Walaupun pada asalnya buku ini dikarang dan disusun sebagai panduan kepada mana-mana pihak yang bertugas menyediakan skrip pembawaan majlis pertunangan, pernikahan dan persandingan Melayu, tetapi pantun-pantun dan gurindam dalam buku ini dapat digunakan bagi pelbagai tujuan lain. Sebahagian daripada pantun-pantun dan gurindam yang termuat dalam buku ini terdiri daripada ciptaan asal kami sendiri manakala ada yang dikutip daripada perbendaharaan Melayu klasik warisan zaman berzaman.


18 Comments
pakdin wrote on Jul 13, '06
ini bagus nih...esok u nak kawin boleh ler...
tuneman wrote on Jul 13, '06
pakdin said
ini bagus nih...esok u nak kawin boleh ler...
nak tambah lagik satu pon buleh!!! abang tak kisahhh!!!....hehehe
shaxx wrote on Jul 13, '06
kena pantun pantun ke?
pakdin wrote on Jul 13, '06
tuneman said
nak tambah
eh eh he he he belum kawin 1 dah bercita-cita nak 2 ke Jim?? ato ente maksudkan ane?
tuneman wrote on Jul 14, '06
shaxx said
kena pantun pantun ke?
mesti!! kalo tak bleh masuk!!
: P
tuneman wrote on Jul 14, '06
pakdin said
eh eh he he he belum kawin 1 dah bercita-cita nak 2 ke Jim?? ato ente maksudkan ane?
emang salah sih nambah!!! hehehe....
kembarakita wrote on Jul 14, '06
kampung terbakar nampak asap,
hati terbakar siapa yg tahu...
hehehehe..... itu kata Karam Singh Walia (tv3)
tuneman wrote on Jul 14, '06, edited on Jul 14, '06
kampung terbakar nampak asap,
hati terbakar siapa yg tahu...
sedari awal telah kuduga!
pastinya musang berbulu domba!

hehehe.!!?...
sriandalas wrote on Jul 14, '06
Di Negeri 9 adakah majlis kahwin dengan tuturan Melayu baku / Riau-johor ataukah loghat noghori?
tuneman wrote on Jul 14, '06
Di Negeri 9 adakah majlis kahwin dengan tuturan Melayu baku / Riau-johor ataukah loghat noghori?
kita pakai loghat noghori mas! kurang lebih adat kayak di Sumbar juga, masih ada pengantin yg dijulang...hehehe...
hilman2002 wrote on Apr 3, '07
dijulang, apo samo dengan manjalang. yaitu pengantin dijapuik dari rumahnyo dan berkunjung ka rumah mintuo.
tuneman wrote on Apr 3, '07
dijulang, apo samo dengan manjalang. yaitu pengantin dijapuik dari rumahnyo dan berkunjung ka rumah mintuo.
dijulang berarti 'dijunjung'. Pengantin dijunjung (diangkat) didalam tandu.
uyuni wrote on Nov 22, '07
bukunya ada dimana? Boleh pinjam ?
tuneman wrote on Nov 22, '07
uyuni said
bukunya ada dimana? Boleh pinjam ?
boleh...kasih alamatnya saya kirim...hi hi
uyuni wrote on Nov 22, '07
wuaaa... aku tunggu yaaa...
uyuni wrote on Nov 22, '07
alamatnya lihat di samping tuh...
tuneman wrote on Nov 25, '07
uyuni said
alamatnya lihat di samping tuh...
oke...
Comment deleted at the request of the author.
Add a Comment
How would you rate this book? (optional)
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help