Judul : Luak Tanah Mengandung Susunan : Tan Sri A Samad Idris, Norhalim Ibrahim, Haji Muhammad Tainu , Dharmala N.S Penerbit : Jawatankuasa Penyelidikan Budaya, Negeri Sembilan Mukasurat : 275 halaman Cetakan Pertama : 1994
Buku ini mengandungi sejarah bagi luak-luak Tanah Mengandung iaitu Luak Ulu Muar, Luak Jempol, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir dan Luak Inas
Judul : Luak Johol. Susunan : Tan Sri A Samad Idris, Haji Muhammad Tainu , Haji Md Ali Haji Ahmad Penerbit : Jawatankuasa Penyelidikan Budaya, Negeri Sembilan Mukasurat : 210 halaman Cetakan Pertama : 1996
Isi kandungannya merangkumi segala adat dan istiadat yang berkaitan dengan Luak Johol . Antaranya sejarah Luak Johol Dato'-Dato' Lembaga , pemilihan dan perlantikan Undang, istiadat Kerjan, masuk Suku, tanah adat dan pantang larang pesaka, perbilangan adat dan lain-lain perkara mengenai Adat Perpatih di Luak Johol.
Judul : Luak Jelebu. Susunan : Tan Sri A Samad Idris, Norhalim Ibrahim, Haji Muhammad Tainu , Dharmala N.S Penerbit : Jawatankuasa Penyelidikan Budaya, Negeri Sembilan Mukasurat : 159 halaman Cetakan Pertama : 1994
Buku ini menyingkap sejarah dan struktur Dato'- Dato' Lembaga serta sistem pentadbiran Adat Perpatih di Luak Jelebu. Kandunganya termasuk penorokaan Luak Jelebu, peraturan dan kanun adat, Lembaga yang delapan, Istiadat dan lain-lain lagi.
wahhh..banyak buku kolleksi k0r...? Dah abis baca ker?...jor ader kedai buku ke?...hehehehehe... Kor ader buku tentang asal susul Melayu Rawan tak?
ader lar sikit bang mus! saya memang suka baca buku2 camnie. 'Melayu Rawan' saya kurang arif plak tue bang! 'Nasi Rawan' saya tau lah! hehehe....setau saya kalo di Perak (persisiran pantai) banyak orang dari etnis Mandailing, Batu Bara...coba kasih info skit! mungkin istilah yg dipakai berbeza....