
Kelmarin kami sekeluarga pulang ke kampung, menjenguk apa yang patut....dalam perjalanan pulang kami singgah sebentar rumah MakTeh di Tanjung Ipoh. Pada mula hanya mahu singgah sebentar tetapi setelah MakTeh menyatakan dia ada membuat juadah istimewa buat makan tengahari, kami sekeluarga setuju menanti masaknya juadah istimewa itu......
Juadah istimewa yang saya maksudkan adalah ‘Sambal Tempoyak Daun’. Setiap daerah di Negeri Sembilan punya sebutan yang berbeza misalnya daerah saya Kuala Pilah menyebut Sambal Tempoyak Daun, di daerah Rembau menyebut Sambal Daun, ada juga yang hanya menyebut Sambal Tempoyak...tak kisah lah! pokoknya sama...pokok daunn...ha ha ha...
Buat informasi anda Sambal Tempoyak Daun adalah resepi tradisi masyarakat minangkabau Negeri Sembilan. Kalau mengikut cara tradisionalnya sambal ini harus menggunakan 44 jenis daun...perghh??!
Mak saya bilang daun-daun itu adalah (yg dia masih ingat) pucuk ubi, pucuk keladi, daun kunyit, pucuk labu, pucuk keladi, pucuk kaduk, pucuk kacang panjang, daun lidah kerbau, daun kacang botol, daun pepanggil, daun lampin anak, daun mamun (2 nie saya tak pernah tengok) dan daun2 lain yang sukar ditemui dewasa ini..hi hi...
Bahan-bahan yang lain adalah lado api (cili api), santan kelapa pekat, tempoyak, ikan bilis dan lebih sedap kalau ditambah petai...hi hi...hi...
Sambal Tempoyak Daun ini enak dihidangkan bersama nasi putih atau pulut.
*jika nak tau resepi & cara membuatnya PM ke saya*